Thursday, September 3, 2009

andainya aku...

“andainya kau disini…….

……..Disinilah aku”

Oleh: rnys_nuri

1.0 Cerpen

Prolog

Suatu pagi yang hening, aku berjalan di tepian pantai nan indah untuk menikmati keindahan alam yang dikurniakan oleh Allah s.w.t., aku sentiasa disini jika ingin melepaskan tekanan dan bebanan yang bergelora dan bergelodok di dalam jiwaku ini. Pantai ini sajalah pendengar setiaku yang senantiasa mendengar segala apa yang terkandung dalam diriku ini. Hari ini aku rasa tenang sekali kerana dua minggu lagi aku akan bebas.

Kebebasan bagiku cukup bererti. Aku tidak lagi melihat wajah kakakku yang bengis itu, dimana yang sentiasa mencari kesalahanku, setiap masa ada sahaja yang tidak kena dalam hidupku ini. Aku pun hairan apa masalahnya aku ini. apa salahku? aku tidak mengerti, dimana silapku.aku sedih memikirkan nasib diriku ini.tetapi melihat wajah ibu, jiwaku rasa tenang, sayu sekali, namun malangnya, aku tidak boleh mendekati ibuku ini. Inilah amaran keras yang akan aku terima daripada kakakku sejak aku hadir dalam kamus hidup keluargaku yang sebenar. bukan aku pinta untuk lahir ke dunia ini. Namun takdirku sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. Aku sedih

sekali jika memikirkan kisah hidupku ini. Bagiku hidup ini sudah tidak bererti lagi. ” monolog diriku sendirian mengenangkan nasib yang melanda diriku yang kerdil ini”.

Selepas pulang dari pantai aku berjalan-jalan dan sampai saja dirumah, tiba-tiba… ”Azie! Masuk!!, aku dah cakap jangan kau keluar dari rumah ini, kau tahu, kau tidak layak tau untuk

tinggal disini.nipun, kes kesianlah kau diterima. Kalau tak dah lama aku buang kau jauh-jauh. Dasar anak pungutan. Dari keturunan manalah kau ni, eee.. benci aku melihatnya” teriak kakak dengan sumpah seranah yang sentiasa dilontar olehnya kepada aku. Aku sabar mendengar walaupun hati kecil ini merintih kesedihan dan kepiluan kerana sentiasa dihina dan diherdik oleh kakak kandung sendiri.

“Mama..mamaaa.. tolong Azie ma, Azie tak buat semua tu, akak dah salah faham” Laung aku kesakitan apabila kakak memukul aku dengan rotan kerana menuduh aku keluar tanpa pengetahuan mama.

“Ham…Maaa..akak, kenapa sanggup buat Azie camni ape salah Azie akak,…!!” Aku bertanya

kepada mereka. Menunjukkan hampa hatiku ini dengan dunia hidupku ini.

Namun masa telah berlalu…berlalu pergi tanpa berundur kembali lagi.masa ibarat roda yang sentiasa berpusing. Berpusing juga tanpa berhenti, kerana sekiranya berhenti itu buktinya dunia akan kiamat. Ruginya sekiranya seorang manusia yang tidak menggunakan masa dengan sepenuh kejiwaan dan memanfaatnya sebaik mungkin, kerana akan wujud seribu penyesalan yang tiada titik noktahnya dalam diri manusia yang sentiasa mencari kesalahan orang lain. Dan segala yang berlaku itu tidak dapat diundur kembali lagi.

Tapi itu semua dulu lima bulan sudah berlalu… kesemua kata-kata ini sudah tidak kedengaran lagi setelah dia pergi…pergi,pergi jauh meninggalkan kami.

***

Di Seri Anjung,

“Azie, sampai bila kita nak duduk kat sini,aku tak sabar-sabar nak tunggu keluarga baru sampai dan bawa aku pergi jauh-jauh dari sini, aku ingin hidup seperti orang lain, ada keluarga, ada mak ayah yang caring… pastu boleh pergi jalan-jalan, huhuhuuu aku nak bebas Bebas seperti merpati putih, ala yang macam lagu OAG tu. “oii ko dengar tak?? “Asyik khayal jee”tanye Fatihah kepada Azie, “ye Cik Fatihah, aku dengar lah oiii..” jawab aku dengar nada sayu. “emmm..apa ye, ok kau dengar ye aku nak nyanyi, “Kau umpama merpati putih, patah sayap aaaa….” “Oiii, apa korang di duk kat tepi longkang ni, dah nak maghrib ni, cepat masuk dalam. Nanti marah lak kat Ustaz ni,” “ Ok, Kak Mas, ee.. kak Mas ni, takleh tengok kita senang skit eee…” bebel Fatihah. “Dah lah Fatihah, jom lah masuk “ ajak Azie. Dan mereka berlalu pergi

dan masuk ke dalam Dewan makan tempat mereka menjamu selera.

Di ruang makan,

“ Azie kenapa kau ni, aku tengok.kau moyok je, kau ada masalah ke, citerlah skit kat aku” Tanya Fatihah kepada Azie, “Tak de papelah, I’m Ok, just nak rileks otak jer”

Lalu aku bersendirian beransur pergi meninggalkan dewan makan.

***

Di bilik pengetua,

”Azie, jemput duduk, Saya nak cakap skit dengan awk ni, minggu depan, awak akan dibawa balik oleh keluarga baru awak., “ Apa, saya tak nak, saya lebih suka duduk kat sini ” dengan nada terkejut Azie menjawab.

“ Tapi awak tak boleh tinggal kat sini lagi.sekiranya pihak kami sudah menjumpai sesiapa yang layak jadi ahli keluarga awak, awak kenalah ikut mereka. Lepas ni cepat bersiap Azie, Ibu baru kamu akan datang menjemput kamu…..” Beginilah kehidupan disini, Pengetua menjaga kami sehingga ada orang sanggup memelihara dan mengambil kami sebagai anak angkat. Hatiku sayu mengenangkan nasib yang menimpa diriku ini. Dan aku terpaksa akur dengan segala perintah yang diberikan kerana selepas umur 18 tahun kami semua juga diminta untuk keluar berdikari

dan memberi peluang untuk anak yatim yang baru pula. NAmun aku sedikit sedih untuk meninggalakn rumah ini. Rumah ini ibarat rumah aku sendiri, mana tidaknya dari seawal aku kecil lagi. Aku sudah ada disini, dan jiwaku juga sudah sebati dengan kehidupan harianku disini. Lalu aku memikirkan apa yang akan berlaku dalam kehidupanku di depan hari, setelah mendapat ibu dan keluarga baru nanti. Adakah terseksa seperti yang aku lihat di televisyen ataupun bahagia seperti dalam drama TV. Hatiku menjadi keliru dan bercampur sedih.

***

Sebulan kemudian,

“Assalamualaikum, mama Azie dah balik,.. maama.. nape ni?, mama sakit ke?? nanti Azie telefon doktor.” Lalu mama menjawab dengan nada yang sayu “ Hush.. takpe mama Cuma pening jer.. Azie tolong ambilkan air jelah kat dapur pastu tolong ambil ubat sekali errkk. Mama cume pening je” “ Ok, mama tunggu disini jelah erkk..” beritahu Azie kepada mamanya supaya

mamanya itu duduk di atas sofa yang berada di ruang tamu rumah banglonya itu. “ Syukurlaah kau dah kembali Azie. huhuuuu mama minta maaf, mama berdosa sangat sebab buang kamu dalam hidup mama. Mama menyesal sangat ” rintih mama dalam hatinya itu, tanpa disedari air mata penyesalan keluar dari matanya itu, menyesal kerana meninggal si kecil itu ke rumah anak yatim kerana dulu ibunya menyuruh dia membuang sahaja kerana dikatakan bakal membawa sial dalam keluarganya kerana disebabkan lahirnya Azie di dunia ini syarikat bapanya terus muflis, walaupun dalam hati ini tidak sanggup untuk dia membuang si kecil itu, tetapi disebabkan terlalu menyayangi keluarga, anak itu di buang dan diletakknya dihadapan pintu pagar rumah anak yatim tersebut.

***

“Azie mama nak cakap sikit, sebenarnya mama nak minta maaf dengan kamu kerana selama ini mama banyak buat silap, mama buang kamu…mama menyesal, Azie, maafkan mama kerana tidak menjaga kamu, mama tahu kakak kamu bencikan kamu, tapi dia tidak tahu apa-apa, Azie, kamu jangan marahkan dia erkk. Mama sayang kamu berdua, selepas papa tiada mama dah nekad, mama tak dengar lagi cakap nenek, dulu nenek yang paksa mama buang kamu, Azie, mama menyesal sangat, ” Mama menjelaskan segala apa yang terkandung dimindanya. Selama 17 tahun menyimpan segala rahsia yang melanda dan membelenggu hidupnya itu, dan Azie amat terkejut apabila mendengar penjelasan yang diberikan dan diluahkan oleh Mama, tanpa disedari air matanya berguguran di kelompok matanya itu. Kini, baru dia sedari bahawa dia bukanlah anak yatim tetapi masih lagi mempunyai ibu dan bapa kandung lagi, tidak seperti diri kawan-kawannya di Seri Anjung dan Azie terpinga-pinga akibat terkejut. “ Azie maafkan mama erk… maafkan Mama sayang “ rintih mama memohon kemaafan daripada Azie dengan apa yang kesilapan yang telah berlaku dalam hidupnya itu. “Tak mengapa mama, Azie tak pernah simpan dendam Mama, Azie tak nak ingat lagi segala kisah lama Mama. Kita bina hidup baru Mama erk..” Azie memeluk mamanya dan menangis setelah mendengar dan sayu melihat ibunya yang pucat itu. “ Terima kasih Azie, Mama menyesal sangat.” Mamanya mengucapkan terima kasih dan tidak sanggup lagi menahan air mata yang membasahi matanya itu lalu menangis dan bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan permata yang menyinari hidupnya itu setelah 17 tahun ianya suram

***

Di Hospital

Doktor bagaimana dengan ibu saya, saya memerlukan buah pinggang yang sesuai untuk memulihkan ibu kamu, ibu kamu sekarang ini di tahap yang kritikal kita perlukan buah pinggang yang sesuai. Tiba-tiba Azie menghampiri doktor dan kakaknya itu, “ Doktor, boleh tak saya cuba,”

“oii..kau bukan darah daging kami ahhh, sudah tentu tak sesuai. Anak sial, selepas kau muncul dalam keluarga kami, satu-satu perkara sial muncul.. e benciiiiii aku..!!!..” marah kakaknya sambil berlalu pergi, “aku tersedu dan terasa sangat sedih. Dan doktor terkedu dan senyap kerana terkejut dengan teriak kakaknya itu”. Monolog aku sendirian memikirkan nasibku ini yang sentiasa dianggap pembawa malang

“doktor, maafkan kakak saya, boleh tak saya dermakan. Tapi jangan beritahu dia sekiranya buah pinggang saya sesuai dengan ibu saya.”

“Awak, tak takut ke..??”

“Tak, ajal maut ditangan tuhan, saya redha saya sayang ibu saya, tolong doktor, “

“Ok, jom ikut saya, sekiranya sesuai saya akan pindahkan buah pinggang awak. ”

“terima kasih doktor”

Lalu aku mengikut doktor ke bilik pembedahan.

“Nurse, sila bagi baju persalinan kepada pesakit ”

“Baik doktor, sila ikut saya”

***

Di dalam wad,

“Puan, saya telah temui buah pinggang yang sesuai, dan kita akan jalankan pembedahan untuk pemindahan buah pinggang pada hari selasa ini, sekiranya puan setuju, sila isi boring ini dan tandatangan”. Doktor telah menyampaikan suatu berita yang baik sekali dan mama bersyukur kerana akhirnya Tuhan masih lagi menyayanginya “Alhamdullilah. doktor, boleh saya tahu siapa yang sudi menderma doktor” lalu doktor menjelaskan segalanya adalah sulit dan merupakan perjanjian dengan si penderma “ Maafkan saya, beliau meminta kami merahsiakannya puan jadi kami tak boleh cakap apa-apa, maafkan saya”. Mama tidak berpuas hati kerana tidak mengetahui siapa yang mendermanya, namun terpaksa akur dengan perjanjian itu dan menyuruh doktor mengucapkan terima kasih kepada si penderma yang baik hati itu. “Terima kasih doktor, doktor boleh tak tolong sampaikan ucapan perhargaan terima kasih kepada orang yang sudi menderma kepada ibu saya”. Jawab doktor “Okey, Insyaallah. baik saya akan sampaikan”

“mana adik kamu?”

“mama ni kenapalah , asyik budak tu je, orang ada ni kan, asyik tanya budak tu. Mamakan tahu dia tu pembawa sial dalam keluarga kita, tengok haritu nenek yang meninggal dan ni sekarang, mama pula yang terlantar sakit.”

“ish kamu ni, jaga mulut tu, tak baik tahu, walauapapun dia tetap adik kamu! Ingat tu.”

***

Sehari sebelum pembedahan dijalankan,

“Mama, Azie nak minta maaf dengan mama sekiranya selama ini azie ada buat dosa dengan mama” “Azie, Azie tahu, Azie tak pernah buat dosa tau. Mama je yang banyak buat silap, mama sayang sangat kamu. Kerana kamulah Azie mama ada semangat untuk hidup.” Azie menangis dan memeluk mamanya. “Mama boleh tak malam ni Azie nak tidur dengan mama, Azie teringin sangat nak tidur dan dibelai oleh mama” Mamanya terkejut, dan perasaannya berubah dan mula jadi takut, takut kehilangan Azie kerana selama ini Azie tidak pernah pun berkata seperti itu. Dan menjawab..” Azie, kenapa ni? Macam ada rahsia je dengan mama. Sila jelaskan Azie. “ taklah, Azie tak ada apa-apa mama. Azie nak duduk dengan mama je…” aku berkata dengan tidak sengaja air mataku tertitis membasahi kelompok mata yang bulat itu, dalam hati ingin sekali aku menyatakan aku sayang kepada mama, tetapi semua kata-kata yang ingin diluahkan itu tidak keluar dari bibirku yang tirus ini. “ Mama, Kalau Azie ada buat silap, mama minta tolong sangat ampunkan erk, Azie sayang mama dengan kakak. Azie nak sangat kakak panggil Azie adik, Azie nak jumpa Ayah, nak peluk ayah nak cium. Mama, Azie..Azie.. “ kenapa Azie?,” “mm.. Tak ada apa-apa mama. Azie sayang mama.” Akhirnya berjaya juga aku luahkan kepada mama, dan air mataku keluar tanpa rela hati dan membasahi pipiku ini, aku memeluk mama seperti tidak ingin melepaskannya buat selama-lamanya.

***

Epilog

Di kawasan tanah perkuburan,

“Azie, maafkan kakak. Kakak kejam sangat dengan kamu. Azie,kakak tak layak digelar sebagai seorang kakak. Kakak berdosa sangat dengan kamu, Ya Allah ya tuhan ku. Ampunkan hambamu ini, sesungguhnya aku tidak mengetahui apa yang aku lakukan selama ini. Sesungguhnya aku bedosa dengan kedua ibu bapa ku serta adikku. Aku memohon kemaafan daripada-Mu Ya Allah” Adik…adik bangun,kakak sayang sangat kat adik.maafkan akak adik. ” sudahlah tu Azian, Adik kamu sudah tiada. Biarkan dia pergi, mama redha dengan pemergiannya. Jom kita balik. Sama-samalah kita bersedekah al-fatihah kepadanya. Lalu mama dan kakak pun berlalu pergi meninggalkan pusara yang masih lagi merah itu di kawasan perkuburan itu.

bismillahirrahmaanirrahim...

salam ramadhan.